
Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Hilang Sejak Jumaat Lalu
Polis kini sedang mengesan remaja perempuan yang dikenali sebagai Norshahira Razali yang dilaporkan hilang di Kanthan Baru, Ipoh sejak Jumaat lalu.
Memetik laporan Utusan, remaja tersebut kali terakhir dilihat selepas dihantar bekerja oleh bapanya di sebuah kilang di Kanthan.
Pun begitu, dia yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu tidak muncul-muncul ketika dijemput bapanya sekitar pukul 7 petang.
Susulan itu, bapanya telah membuat laporan polis di Balai Polis Kanthan Baru.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada boleh menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Kanthan Baru, Sarjan Mohd. Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Lee Swee Sake.
Polis sedang mengesan remaja perempuan dikenali sebagai Norshahira Razali, 19, yang dilaporkan hilang di Kanthan Baru, Ipoh.
@PDRMsia pic.twitter.com/GQZYQOyTWy
— BERNAMA TV
(@BernamaTV) July 20, 2022
Sumber: Utusan
The post Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Hilang Sejak Jumaat Lalu appeared first on Siakap Keli.
