Polis mungkin panggil semula artis legenda serang Shila Amzah

LocalEntertainment
18 Jul 2025 • 1:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara verbal terhadap penyanyi Shila Amzah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kemungkinan untuk artis itu dirakam keterangan sekali lagi adalah susulan satu laporan dibuat olehnya berhubung insiden itu.

“Setakat ini, kita sudah merakamkan empat keterangan dan akan memanggil beberapa individu lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kertas siasatan membabitkan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Shila sebelum ini mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved