Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani

7 Aug 2022 • 8:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SUNGAI PETANI: Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved