Polis Nafi Buat Promosi Diskaun Saman, Mesej WhatsApp Disahkan Palsu

17 Jul 2022 • 6:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terlibat membuat iklan potongan harga saman sehingga 50 peratus, seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, iklan berkenaan mendakwa promosi diskaun itu turut melibatkan saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tawaran potongan harga yang diberikan melalui iklan itu adalah palsu.

“Menurut iklan tersebut, promosi diskaun berkenaan dibuka sehingga 20 Julai ini,” katanya hari ini.

image is not available
Tawaran potongan harga yang diberikan melalui iklan ini adalah palsu - Gambar ihsan PDRM

Noorsiah berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan mesej palsu terbabit.

“Orang ramai yang menerima iklan promosi itu diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang disebut.

“Mereka juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan terutamanya yang melibatkan tawaran pengurangan harga saman melalui saluran media rasmi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” ujarnya. - Getaran, 17 Julai 2022