Polis nafi video rompakan masjid Kuala Kedah tular di media sosial

4 Jan 2026 • 1:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis daerah Kota Setar menafikan kejadian rompakan di masjid Kuala Kedah seperti tular di media sosial, tiada laporan diterima

ALOR SETAR: Polis menafikan berlakunya kejadian rompakan membabitkan seorang lelaki di sebuah masjid di daerah Kota Setar seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata semakan mendapati tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu setakat ini.

“Polis daerah Kota Setar ingin menegaskan kejadian seperti yang dipaparkan dalam video tular tersebut tidak berlaku di daerah Kota Setar termasuklah di kawasan Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

Polis mengesan satu video tular di laman Facebook bertajuk ‘Kes Rompakan Di Masjid Kola Kedah’ berdurasi kira-kira 20 saat.

Video itu memaparkan seorang lelaki dipukul beberapa individu dan didakwa berlaku di Masjid Kuala Kedah.

Polis menegaskan kejadian itu tidak berlaku dan menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved