
SEMPORNA: Polis daerah memanggil ibu bapa budak lelaki berusia 12 tahun, yang ditemui membuang batu, kayu dan paku di atas jalan.
Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Sabri Zainol, berkata polis menerima laporan pada 19 Januari lalu menyatakan ketika menuju ke Lapangan Terbang Tawau dari Semporna, pengadu ternampak beberapa objek di atas jalan di KM20 sepanjang jalan Semporna-Tawau.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pengadu percaya objek itu diletakkan dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan berlaku apabila pengadu dan pemandu bas pelancong lain mengalihkan objek berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Siasatan mendapati objek itu dibuang oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang tinggal berhampiran untuk berseronok,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohd Sabri berkata polis memanggil ibu bapa dan kanak-kanak itu untuk diberi nasihat bagi memantau aktiviti anak mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Polis turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya prihatin yang mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang kemalangan.
Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan menyalurkan maklumat kepada polis dengan menghubungi talian 089-782020 atau balai polis berhampiran.

