Polis pantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat

20 Oct 2023 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Polis sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata tujuh kumpulan ajaran sesat itu dikenal pasti sebagai Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim (MA), Ajaran Suhaini @ Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion Of Peace And Light.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata polis juga bekerjasama erat menjalankan siasatan bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada disebarkan dalam kalangan masyarakat.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Razarudin berkata sepanjang Januari 2022 hingga semalam, sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng.

“Jumlah tangkapan itu melibatkan Tarekat Habib Shah (20 tangkapan) dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir Zaman, NMM dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,” katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan akan diambil sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat yang dikesan membuat atau mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh memudaratkan tahap keselamatan awam,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.