Polis Pasang ‘Pukat’ Di Pintu Masuk IPD Putrajaya, 6 Individu Kena Saman

LocalPolitics
9 Oct 2024 • 9:50 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selain sekatan jalan raya (roadblock), kaedah lain yang sering digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menahan pengguna jalan raya adalah dengan memasang ‘pukat’.

Pukat ini bertujuan untuk menghalang penunggang motosikal atau pemandu kenderaan daripada melarikan diri dari sekatan jalan raya dengan cara memasuki jalan lain atau melawan arus.

Kebiasaanya, golongan-golongan seperti mat rempit yang sering menjadi sasaran ‘pukat’ ini, namun kali ini, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya juga tidak terkecuali.

Polis pasang pukat di pintu masuk IPD Putrajaya

Dalam satu Operasi Khas secara mengejut di pintu masuk IPD Putrajaya pada semalam (8 Oktober) itu, pihak polis di IPD berkenaan telah mengeluarkan enam saman.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, operasi bermula jam 7.30 pagi hingga 9 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota trafik serta dua anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS).

image is not available
Foto: PDRM

Lesen tamat tempoh & tiada lesen memandu

Menurutnya, daripada enam saman yang dikeluarkan, lima daripadanya lesen tamat tempoh dan satu tiada lesen memandu.

“Empat saman dikeluarkan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke taska dan dua lagi membabitkan pekerja kantin.

“Operasi ini bertujuan memastikan anggota IPD Putrajaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya seperti mempunyai lesen memandu, cukai jalan yang sah dan lain-lain kesalahan trafik,” katanya dipetik Harian Metro.

image is not available
Foto: PDRM

Beri advokasi dan jalin ukhwah sesama warga IPD Putrajaya

Menurutnya lagi, operasi ini juga bertujuan mendidik dan memberi advokasi terhadap kepentingan kenderaan yang digunakan agar sentiasa mematuhi spesifikasi serta peraturan yang ditetapkan.

Berkongsi lanjut, Aidi Sham berkata Operasi Khas itu juga dapat menjalinkan ukhwah sesame warga IPD Putrajaya dalam menjaga keselamatan individu dan kepentingan awam.

Source: