Polis pengiring Istana Negara diperkasa 34 motosikal berkuasa tinggi BWM baharu

LocalCars
9 May 2025 • 9:42 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Polis pengiring Istana Negara diperkasa 34 motosikal berkuasa tinggi BWM baharu

image is not available

09/05/2025 - 09:42

Anggota polis pengiring Istana Negara mencuba jentera baharu BMW R1250RT yang diterima. Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 9 Mei - Tugas polis pengiring Istana Negara diperkemas apabila menerima jentera baharu iaitu 34 buah motosikal berkuasa tinggi model BWM R1250RT dan BMW R1300GS.

Jentera dua roda tersebut dibekalkan oleh syarikat penyedia kelengkapan keselamatan dan pertahanan tempatan, Ammo Defence Solutions Sdn. Bhd. (AMMO).

Pembelian jentera baharu ini bagi menggantikan motosikal yang digunakan pasukan polis pengiring Istana Negara sebelumnya.

Kesemua motosikal tersebut akan digunakan untuk tugasan mengiring dan kawalan lalu lintas pihak Istana Negara.

image is not available

image is not available
Mohd Yusri (kiri) bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Zailani Hashim (tengah) dan Pengerusi Eksekutif AMMO, Roslan Abu Bakar.

Bagaimana pun, nilai motosikal tidak dinyatakan tetapi difahamkan harga jualan tempatan bagi model BWM R1250RT ialah kira-kira RM153,000 sebuah manakala BMW R1300GS berharga RM138,000.

BMW R1250RT merupakan motosikal jenis ‘grand tourer’ yang dipacu enjin boxer bersesaran 1,254cc yang berupaya menjana 136hp dan 143Nm.

Model BMW R1300GS pula merupakan jenis ‘adventure touring’ yang dipacu enjin berseseran 1,300cc dengan 6-Speed gearbox.

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dalam kenyataan memaklumkan, perolehan motosikal tersebut dapat membantu kelancaran tugas pasukan pengiring.

image is not available
Motosikal BMW R1300GS.

image is not available

Pengarah JSPT, Dato' Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua motosikal tersebut akan digunakan untuk tugasan mengiring dan kawalan lalu lintas khususnya bagi kegunaan pihak Istana Negara.

"Motosikal ini dapat membantu kelancaran penugasan pengiring keselamatan Istana Negara," ujar beliau dalam majlis penyerahan kenderaan tersebut di Blok Pentadbiran, Istana Negara.

Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif AMMO, Roslan Abu Bakar. - DagangNews.com

standard