Polis Peroleh Perintah Siasat Kes Pelakon Pukul Kekasih

10 Jul 2024 • 6:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memperoleh Perintah Untuk Menyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi merakam percakapan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pegawai penyiasat telah menghubungi pelakon terbabit termasuk melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan perubatan mangsa.

"Setakat ini kakak mangsa telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lepas, seorang wanita mendakwa dipukul selepas dia dihubungi teman lelakinya berusia 37 tahun untuk berjumpa sebelum berlaku perselisihan faham pada 3 pagi.

Pelakon terbabit dipercayai memarahi mangsa dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved