Polis Peru selamatkan 43 warga Malaysia jadi mangsa Macau Scam

9 Oct 2023 • 7:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seramai 43 warga Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam diselamatkan polis Republik Peru pada Sabtu lalu.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di La Molina, Lima sebelum kesemua warga Malaysia itu dikenalpasti serta diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes terbabit.

“Pihak terbabit juga akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau e-mel ke mwlima@kln.gov.my. - 9 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved