Polis Pulau Pinang imarahkan Malaysia #QuranHour

30 Aug 2023 • 6:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara pegawai dan anggota polis yang menyertai Malaysia #QuranHour di Surau Ibnu Yaakob IPK Pulau Pinang.

image is not available
Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Bacaan surah surah al-Fatihah, al-Insan dan al-Asr berkumandang di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini sempena Program Malaysia #QuranHour yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Malaysia #Quran Hour 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Menurutnya, program diadakan dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.

"Malaysia #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran.

"Ia juga dapat meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang," katanya.

**media[2326766]**

Sementara itu, program sama turut diadakan di Perpustakaan Awam Pulah Pinang.

Kira-kira 100 orang menyertai program yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Jaya.

Bacaan bacaan dan tadabbur ketiga-tiga surah dibimbing oleh Ustaz Mohd Aslam Mohd Shukor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved