Polis rakam keterangan ibu pelakon remaja

10 Sep 2022 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian 7 September lepas.

SUBANG JAYA - Polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu kepada pelakon remaja perempuan yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

"Antara yang dirakam keterangan termasuk mangsa, ibu mangsa, pegawai perubatan dan individu dari sebuah rancangan yang telah menemubual mangsa.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Selasa, bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek direman tujuh hari setelah diberkas di sebuah rumah di Kedah.

Sebelum itu, pada Isnin, pelakon remaja berusia 15 tahun membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, bapa kepada pelakon terbabit telah membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved