Polis rampas 13 lembu bernilai lebih RM107,000, dipercayai seludup dari Thailand

LocalPolitics
2 Nov 2024 • 11:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 2 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kesemua lembu seberat 7,000 kilogram dan dianggar bernilai RM107,270 itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand.

“Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Batalion 8 menahan sebuah lori dinaiki dua lelaki berusia 22 dan 42 tahun dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan, kira-kira 12.45 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan menemukan 13 lembu di dalam lori jenis Hicom dan tanpa dokumen yang sah. Kedua-dua lelaki itu dipercayai menjadi penghantar lembu ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

— BERNAMA

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved