Polis rampas 61 mesin bitcoin, bongkar curi elektrik di Manjung

LocalTechnology
1 Aug 2025 • 6:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis merampas 61 unit mesin perlombongan bitcoin dalam operasi bersepadu bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sembilan lokasi berasingan di Manjung. Kegiatan haram itu melibatkan kecurian elektrik melalui sambungan tanpa meter.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abdul Rahman berkata operasi itu dilaksanakan selepas pemantauan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung dan pasukan TNB. “Kami merampas 61 mesin mining rig, sembilan modem Wi-Fi, router, serta pelbagai peralatan dan kabel penyambungan haram,“ katanya.

Siasatan awal mendapati premis terlibat menjalankan perlombongan bitcoin secara haram dengan menyambung elektrik tanpa meter TNB. “Kerugian tenaga elektrik dianggarkan ribuan ringgit sebulan, bergantung pada kapasiti mesin,“ jelas Hasbullah.

Menurutnya, mesin beroperasi 24 jam dengan penggunaan elektrik tinggi, mengganggu bekalan di kawasan berhampiran. “Sistem pendawaian diubah suai secara haram, meningkatkan risiko kebakaran dan bahaya kepada nyawa serta harta benda,“ tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. Orang ramai diminta melaporkan maklumat melalui talian 05-6886222 atau WhatsApp 017-6828005. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved