Polis rampas beg tangan tiruan bernilai lebih RM88,000

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2024 • 3:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beg-beg itu dikesan selepas anggota PGA memeriksa sebuah lori yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Pasir Mas. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki dan merampas 590 unit beg tangan pelbagai jenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM88,500 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, dalam Ops Taring wawasan Kelantan, dekat Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, beg-beg itu dikesan selepas pihaknya memeriksa sebuah lori yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Pasir Mas, pada 6.20 petang.

Beliau berkata, dua suspek berumur 31 dan 30 tahun yang ditahan itu dipercayai menjadi penghantar bagi menyeludup beg tangan tiruan berkenaan ke pasaran tempatan.

"Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagang 2019 manakala suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved