Polis Rampas Bungkusan Ubat Gigi Ada Ganja, Alamat Kepada 2 Ahli Politik

14 Mar 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rampasan itu dilakukan susulan laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut. - Gambar fail

PUTRAJAYA - Polis Sepang merampas bungkusan  disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini  yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan u itu mengandungi barang terlarang dan pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Susulan itu, katanya, polis telah pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan ‘Happy Green’ yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Siasatan lanjut diteruskan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved