
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing dilaporkan maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama selepas tular kejadian sama membabitkan wanita warga China, semalam.
Ketua Polis KLIA, M Ravi, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam tadi membabitkan lelaki warga Algeria berusia 30 tahun.
Katanya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 2.55 pagi tadi selepas dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Dalam kejadian itu, dia telah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.
“Bagaimanapun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pagi tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA di talian 03-87768222,” katanya. - 2 Mei, 2026
The post Polis sahkan 1 lagi kejadian warga asing maut terjatuh dari aras 3 KLIA appeared first on Scoop.





