Polis Sahkan Dua Kes Tembak KL Libat Unsur Kongsi Gelap

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 2:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis memaklumkan bahawa dua kes tembakan yang berlaku di Brickfields dan Cheras baru-baru ini dipercayai mempunyai unsur jenayah melibatkan sindiket kongsi gelap.

Polis sahkan kes tembak KL, libat kongsi gelap

image is not available

Foto: thesun.my

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memberitahu buat masa ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada suspek telah diupah ataupun tidak bagi melakukan jenayah itu.

“Siasatan masih berjalan dan usaha memburu kesemua suspek sedang giat dijalankan,” kata Usuf pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak berkuasa memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal biarpun menerima laporan berlakunya dua kes tembakan dalam tempoh masa empat hari.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula, beliau mendedahkan bahawa kes tembakan itu dipercayai menyasarkan individu tertentu akibat perseteruan.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu bimbang berhubung tahap keselamatan negara dan bakal memastikan ketenteraman orang awam sentiasa terjaga.

image is not available

Foto: Kosmo

Untuk rekod, insiden tembakan membabitkan dua lelaki di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras pada tengah malam Isnin lalu dipercayai berpunca akibat aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak.

Manakala, kejadian tembakan yang berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu pula dikatakan berpunca daripada konflik aktiviti jenayah yang berlaku di Selangor.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)