Polis Sahkan Insiden Tampar Kakitangan PUSPAKOM Adalah Kejadian November Lalu

LocalPolitics
17 Jan 2025 • 10:29 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ditampar oleh seorang pelanggan merupakan kejadian lama.

Kakitangan PUSPAKOM ditampar

image is not available

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.40 pagi, 8 November 2024 di pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom Taman Daya.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

“Satu laporan polis telah diterima daripada mangsa lelaki berusia 38 tahun yang merupakan kakitangan Puspakom.

“Suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 59 tahun bertindak menampar mangsa selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seskyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, video kejadian pelanggan menampar seorang kakitangan PUSPAKOM tular di media sosial sejak Rabu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki kelihatan memanggil kakitangan berkenaan sambil menunjukkan sekeping kertas.

Lelaki tersebut kemudiannya bertindak menampar kakitangan yang sedang menjalankan tugasnya sehingga menyebabkan situasi menjadi tegang.

Pihak polis meminta orang ramai tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial bagi mengelak salah faham atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan