Polis Sahkan Suspek Kelar Isteri Dan Anak Negatif Dadah

5 Jul 2022 • 2:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Bakar Batu, Johor Bahru, seorang ibu muda yang baru habis berpantang ditemui maut bersama bayinya dengan kesan kelar di leher.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan suspek berusia 25 tahun yang merupakan suami mangsa sendiri untuk siasatan lanjut.

image is not available

Terdahulu, suspek tular di media sosial kerana menunggang motosikal dalam keadaan bogel tanpa seurat benang.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan sejurus penahanan, suspek bebas daripada penyalahgunaan dadah. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Suspek disahkan negatif dadah dan motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan.

Mengenai kemungkinan suspek kemurungan sehingga bertindak di luar kewarasan, Raub tidak mengulas lanjut. Beliau berkata perkembangan lanjut mengenai kes akan dimaklumkan kemudian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.