
Polis Sahkan Suspek Kes Pukul Suami Hingga Mati Positif Dadah
Isteri kepada seorang lelaki yang disyaki dibunuh dalam kejadian di kawasan perumahan Flat Nipah, Taman Daya, positif dadah, lapor portal Kosmo!
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat menyatakan bahawa, wanita yang berusia 36 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Jelasnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek disyaki membunuh dengan cara memukul pada bahagian kepada mangsa menggunakan objek tumpul.
“Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran itu juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dua kes dadah dan satu kes jenayah.
“Hasil siasatan awal mempercayai suspek membunuh mangsa kerana berada dibawah pengaruh dadah.
“Kita juga masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Memetik laporan Kosmo, suspek telah ditemui mati dalam keadaan kakinya terikat serta terdapat kesam lebam pada bahagian kanan mukanya.
Sumber: Kosmo!
The post Polis Sahkan Suspek Kes Pukul Suami Hingga Mati Positif Dadah appeared first on Siakap Keli.
