Polis sahkan terima laporan dakwaan cabul, rogol dalam bilik jenazah masjid

5 Jun 2026 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis sahkan terima laporan dakwaan cabul, rogol dalam bilik jenazah masjid
Dzulkhairi

MELAKA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita kononnya menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki yang dipercayai siak di sebuah bilik jenazah masjid, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan tersebut dibuat oleh wanita berusia lingkungan 50-an terhadap lelaki berusia 48 tahun pada Khamis, jam 9.12 pagi.

Menurutnya, siasatan menyeluruh telah dijalankan sebelum pihak polis mendapati dakwaan berkenaan tidak berlaku.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut.

“Polis bagaimanapun telah menyerahkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membolehkan tindakan lanjut di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, kes berkenaan tular di media sosial dengan dakwaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa cabul dan rogol di lokasi yang dinyatakan. Turut tular dakwaan bahawa imam masjid berkenaan tidak membenarkan mangsa membuat laporan polis.

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan imam terbabit telah menukar siak baharu bagi menggantikan siak lama, dipercayai bagi melindungi individu berkenaan.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan siak berkenaan sudah meletakkan jawatannya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihak masjid tidak dapat mengesahkan punca lelaki itu meletakkan jawatannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved