Polis sahkan terima laporan kes pukul anjing sampai mati

14 Apr 2025 • 7:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

TEMERLOH - Polis Temerloh mengesahkan telah menerima laporan pada Isnin ekoran penularan klip video yang memaparkan anjing mati dipercayai dipukul beberapa individu di Taman Mentakab Indah di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, seorang wanita berusia 23 tahun tampil membuat laporan tersebut.

"Semasa pengadu berada di tempat kerja kira-kira jam 6.30 petang, pengadu telah dimaklumkan oleh emaknya terdapat lima lelaki sedang memukul seekor anjing menggunakan kayu yang mengakibatkan anjing tersebut mati.

"Aksi sekumpulan lelaki itu juga tular selepas dimuat naik di Facebook," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, sebelum itu, seorang lelaki telah membuat laporan kira-kira jam 9.14 pagi pada Isnin di jalan utama taman tersebut sehari sebelum selepas digigit seekor anjing sehingga menyebabkan luka dan bengkak di bahagian kiri kaki.

"Laporan terbabit telah dirujuk ke Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) untuk tindakan selanjutnya.

"Lima lelaki terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat dan kes disiasat di bawah Seksyen 428KK/29 Akta kebajikan haiwan," tambahnya.

Artikel berkaitan:

https://www.sinarharian.com.my/article/722770/edisi/pahang/tular-video-lelaki-pukul-anjing-di-mentakab

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved