Polis Sahkan Terima Laporan MC Bersiri ‘HTGK F 896400’ Di Hospital Tangkak Hilang

24 May 2024 • 4:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (23 Mei) Hospital Tangkak, Johor telah mengeluarkan notis pemakluman memberitahu kehilangan sijil cuti sakit atau MC telah hilang dari hospital berkenaan.

Menurut Pengarah Hospital Tangkak, notis yang dikeluarkan kehilangan sijil cuti sakit itu bersiri HTGK F 896400.

“Dimaklumkan bahawa, Hospital Tangkak kehilangan sijil cuti sakit (Perubatan 9-Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400. Ekoran itu, sijil cuti sakit dengan nombor siri berkenaan adalah tidak sah diguna pakai,” jelasnya dalam notis yang dimuat naik di Facebook.

Polis sahkan terima laporan MC hilang di Hospital Tangkak dan jalankan semakan

Terbaharu, polis mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan cuti sakit hospital berkenaan seperti yang dimaklumkan dalam notis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib memaklumkan laporan berkaitan MC hilang itu telah diterima polis pada 11 Mei lepas dan pihaknya telah menjalankan semakan tentang kes berkenaan.

“Kita mengesahkan ada menerima laporan (MC hilang) pada 11 Mei 2024 kita juga telah buat semakan berhubung perkara tersebut.

“Kita telah menyerahkan kes ini untuk dirujuk kepada agensi lain seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain untuk tindakan jabatan yang berkenaan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Untuk makluman sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) kebiasaannya diambil oleh individu atau pesakit yang tidak berupaya untuk bekerja atau bersekolah di sebabkan faktor kesihatan.

Sijil ini hanya boleh dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berada di pusat kesihatan sah seperti hospital atau klinik dan ia tidak boleh disalahgunakan.

Mana-mana individu yang menyalah gunakan MC boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved