Polis sahkan terima laporan pelakon lelaki, dakwa jadi mangsa perbuatan tak senonoh

LocalEntertainment
1 Feb 2026 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh, susulan pendedahan yang dibuat oleh individu terbabit di media sosial baru-baru ini.

Pelakon lelaki berusia 35 buat laporan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan laporan berkenaan dibuat pada jam 6.11 petang semalam melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

“Kes ini membabitkan pengadu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

image is not available

Sebelum ini tular bekas pelakon lelaki kanak-kanak buat pendedahan

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pelakon kanak-kanak, Alqal Sahar membuat pendedahan bahawa dirinya pernah melalui pengalaman silam ketika zaman kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.

image is not available

Artikel lain: Bekas pelakon kanak-kanak dedah jadi mangsa pengarah -“Aku dipaksa lakukan perkara jijik!”

Alqal yang pernah membintangi beberapa drama popular televisyen antaranya Diari Ramadhan Rafique, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di platform Threads.

Walau bagaimanapun, ketika dihubungi sebuah portal berita, pelakon itu menjelaskan maksud sebenar pendedahan berkenaan bukan seperti yang ditafsirkan, sebaliknya merujuk kepada pengalaman pernah menjadi mangsa amang seksual semasa kecil.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Moktar)