Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik

4 Sep 2023 • 9:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera majikannya yang merupakan bekas ahli politik.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (gambar) berkata laporan polis daripada pembantu rumah berusia 54 tahun itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 4.16 petang 22 Ogos lepas.

“Bersabit dengan laporan polis yang telah dibuat, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tindakan susulan akan dilaksanakan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk mendapatkan pertuduhan ke atas suspek yang juga seorang ahli perniagaan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved