Polis sahkan terima lima laporan penipuan pakej pelancongan Kim Seri!

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis sahkan terima lima laporan berhubung dakwaan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang diuruskan oleh seorang pempengaruh, Kim Seri.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memberitahu kes tersebut dijadikan sebagai laporan luar kawasan.

Penipuan pakej pelancongan

image is not available

“Semakan dibuat mendapati ada lima laporan polis dibuat (berhubung dakwaan penipuan itu),” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai 10 individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang dikendalikan oleh Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina membuat laporan polis, malam tadi.

Mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan oleh pempengaruh dikenali sebagai Kim Seri yang menawarkan pakej selama lima hari dengan harga kira-kira RM4,000.

Penipuan pakej pelancongan

image is not available

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh sebagai ‘scammer’ selepas gagal membayar hutang tertunggak yang mengambil pakej percutian di bawah syarikatnya.

Pun begitu, Kim Seri memohon maaf secara terbuka dan memberi jaminan kepada pelanggannya untuk melunaskan bayaran tertunggak tersebut dalam tempoh dua bulan.

image is not available

Sumber: Utusan Malaysia (Aidiel Zabidi)