Polis Sahkan Wujud Elemen Tak Senonoh Dalam ‘Queen’s Night’ Program EHati

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 4:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam terakhir program tersebut, bertempat di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam dari 27 hingga 30 September tahun lalu.

image is not available

Wujud elemen tak senonoh ketika sesi rebirth

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mendedahkan, kegiatan bogel melibatkan empat individu terdiri daripada fasilitator dan peserta dan berlaku ketika sesi yang turut digelar sebagai rebirth.

“Pada majlis itu, memang ada kegiatan bogel yang dilakukan oleh empat individu. Acara itu dipanggil sebagai ‘queens night’ yang dilakukan pada malam terakhir program berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor.

image is not available

Wujud elemen tak senonoh dalam beberapa pakej yang ditawarkan

Difahamkan, program tersebut dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM6,000 untuk Pakej A dan RM9,000 untuk Pakej B, dengan tambahan aktiviti Queen’s Night bagi pakej yang lebih mahal.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair yang digunakan sebagai minuman pada majlis itu,” tambah beliau.

image is not available

Artikel lain: Enam Individu Termasuk Pengasas Program EHati Direman Tiga Hari

Pihak berkuasa sudah mengenal pasti 50 peserta dan menyeru agar mereka tampil beri keterangan.

Setakat ini, 30 individu telah berbuat demikian dan siasatan masih diteruskan termasuk terhadap kandungan cecair yang dirampas serta penglibatan penjawat awam. Enam individu termasuk pasangan pengasas eHati telah direman selama tiga hari.

Sumber:

(Mohamad Athir Ismail)