Polis Sandakan hargai pengamal media

20 Feb 2025 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Polis sentiasa menghargai peranan pengamal media kerajaan dan swasta yang bertugas di daerah ini.

Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pengamal media di sini banyak membantu dan memberikan kerjasama erat dalam melaporkan berita sama ada berkaitan jenayah mahupun kejayaan pihak polis menangani pelbagai jenis kes.

AdvertisementAbdul Fuad juga memuji pengamal media kerana mengamalkan lapan kod etika kewartawanan.

“Sepanjang bertugas di daerah ini, saya tidak pernah sekalipun merasa kecil hati atau marah dengan wartawan-wartawan di Sandakan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ini kerana semua wartawan faham dan mengamalkan lapan kod etika kewartawanan sepanjang penugasan mereka.

“Selain melaporkan berita sahih, mereka memahami kerahsiaan sumber dan undang-undang berkaitan ruang lingkup tugas mereka,” katanya pada Malam Apresiasi

AdvertisementWartawan bersama Ketua Polis Daerah Sandakan, di Sabah Hotel, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Persatuan Media Sandakan James Leong, pegawai-pegawai kanan polis Daerah Sandakan serta pengamal media.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, James menzahirkan ucapan terima kasih kepada Abdul Fuad yang sentiasa memberi kerjasama dengan pengamal media.