Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 8:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

"Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved