Polis serah permohonan notis merah menantu Muhyiddin kepada Interpol

3 Oct 2023 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dokumen itu telah diterima pihaknya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

"Kita (polis) sudah menerima dokumen itu pada jam 3 petang tadi.

"Ia juga telah dimajukan kepada Interpol untuk tindakan mereka seterusnya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, draf pertuduhan antara dokumen yang diperlukan Interpol daripada SPRM sebelum notis merah dikeluarkan kepada Muhammad Adlan.

Permohonan notis merah itu perlu dibuat melalui PDRM.

Pada Ogos, SPRM dalam satu kenyataan melaporkan sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, yang beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved