Polis serbu tempat sabung ayam, enam ditahan

LocalPolitics
11 Jul 2025 • 12:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BINTANGOR, 11 JULAI: Polis menyerbu kegiatan sabung ayam berhampiran Tanjung Manis semalam dan menahan enam lelaki.

Ketua Polis Meradong DSP Tansli Mering berkata beberapa barangan turut dirampas antaranya ayam sabung yang hidup dan telah mati, penimbang serta papan putih yang digunakan semasa pertarungan.

“Kesemua suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram itu ditahan di Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tansli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM2,000, penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihati orang awam supaya menjauhi sebarang bentuk perjudian haram termasuk sabung ayam dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti terbabit.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved