Polis siasat akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor

9 Jul 2024 • 1:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hussein

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu profil akaun aplikasi TikTok palsu yang menggunakan gambar profil dan nama milik Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan polis tersebut dibuat oleh pejabat Istana Selangor pada Isnin.

"Siasatan mendapati, akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan ia disahkan adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Hussein menasihatkan mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenangnya membuat mana-mana akaun media sosial yang melibatkan institusi diraja bagi mengelakkan mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab daripada menyalah guna gambar dan video peribadi kerabat diraja.

Menurut beliau, polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu penyebaran berita palsu yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan turut dikendalikan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Md Anuar Md Amilah@Harun di talian 0192255597 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved