Polis siasat dakwaan fitnah terhadap Saravanan

9 Nov 2022 • 12:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusri

IPOH - Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap calon BN Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang terbaca komen dan menonton video di media sosial.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, 11 laporan polis diterima pada Selasa berbanding lima laporan pada hari sebelumnya.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan manakala sebanyak 159 permohonan permit ceramah diterima daripada parti bertanding dengan kesemuanya telah diluluskan.

"Polis menasihatkan supaya semua bendera, gegantung, poster dan risalah mestilah tidak mengandungi sebarang unsur menghasut, mengaibkan serta boleh menimbulkan gangguan ketenteraman awam," katanya.

Jelas beliau, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500/504/505 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang lain mengikut kesesuaian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved