Polis Siasat Dakwaan Guru Bercinta Dengan Pelajar Lelaki

24 Mar 2024 • 5:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Siasat Dakwaan Guru Bercinta Dengan Pelajar Lelaki

KUALA LUMPUR — Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga pelajar lelaki berumur 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang guru wanita, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, siasatan berhubung kes itu kini sedang dalam siasatan.

Tambahnya, laporan polis itu telah dibuat pada Disember tahun lalu.

“Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” ujarnya sewaktu dihubungi pada hari ini.

Dalam pada itu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017, kata Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

“Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan,” jelasnya.