Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan

LocalPolitics
27 Feb 2026 • 2:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara,, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam satu kenyataan berkata, siasatan sedang dijalankan susulan dakwaan yang melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa.

“Siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa,” katanya.

Baca juga:

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Sehubungan itu, PDRM memaklumkan siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah terus dihormati,” katanya.

The post Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan appeared first on The Reporter.