Polis siasat dakwaan pekerja OKU dipukul

LocalPolitics
25 Dec 2024 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita mendakwa anaknya yang merupakan pekerja OKU dipukul rakan sekerja di sebuah restoran makanan segera di sini.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan dua individu termasuk seorang pekerja kurang upaya (OKU) di sebuah restoran makanan segera pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, laporan sebelum itu diterima individu terlibat.

"Siasatan terperinci berhubung kes ini sedang dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan," katanya pada Rabu.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa anaknya yang merupakan pekerja OKU dipukul rakan sekerja di sebuah restoran makanan segera di sini.

Menerusi hantaran di media sosial itu, wanita itu turut mendakwa kejadian mengakibatkan mangsa mengalami luka dan bengkak di muka, dada, tangan, dan hampir pengsan ketika pulang ke rumah.