Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan yang mendakwa ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis semasa melalui sekatan jalan raya di kawasan SS2, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut yang tular menerusi satu hantaran di akaun Facebook wanita tersebut.

Foto: Sinar Harian
“Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa dia telah ditahan ketika melalui sekatan jalan raya sebelum diperas ugut oleh anggota polis yang bertugas.
“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan pemerasan,” katanya.

Foto: Carian Google
Menurut beliau, pihak polis memandang serius terhadap dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana anggota yang mencemarkan intergriti dan nama baik pasukan.
Sumber: Berita Harian (Muhaamad Hafis Nawawi)
The post Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Diperas Ugut Anggota Ketika Sekatan Jalan Raya appeared first on Borak Daily.


