Polis siasat guru sepak murid Tahun Tiga

LocalPolitics
13 Mar 2025 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis siasat kes murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Labu Kubong. Foto hiasan

TELUK INTAN - Polis menjalankan siasatan berhubung kes murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Labu Kubong di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, laporan kejadian itu diterima daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada Ahad lalu.

"Menurut ibu kanak-kanak terbabit, anaknya telah disepak guru lelaki berusia 52 tahun itu ketika berlaku pergaduhan di dalam kelas melibatkan murid Tahun Tiga.

"Tindakan guru tersebut menyebabkan murid berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar," katanya di sini pada Khamis.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved