Polis Siasat Insiden Conteng Masjid Di KKB

11 May 2024 • 7:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hussein Omar Khan - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar sebuah masjid di Kuala Kubu Baharu (KKB), Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.

"Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

"Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, tular di laman media sosial gambar tembok sebuah masjid di KKB diconteng dan difahamkan pihak masjid berkendan sudah mengecat semula tembok tersebut. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved