Polis siasat insiden kecoh operasi tangkap anjing liar

25 Mar 2023 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan penangkapan anjing liar yang dijalankan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Taman Kanagapuram di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

"Ketika operasi dijalankan, terdapat seorang lelaki cuba menghalang dengan memasukkan anjing-anjing yang hendak ditangkap ke dalam premisnya.

"Tindakan lelaki tersebut sekali gus mengakibatkan operasi penangkapan anjing liar tersebut gagal dilaksanakan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, kejadian tersebut turut mencetuskan pergelutan antara lelaki tersebut dan penguatkuasan MBPJ ketika operasi dijalankan.

"Kejadian mengakibatkan lelaki tersebut terkena batang rod yang digunakan untuk menangkap anjing ketika terjadinya pergelutan itu.

"Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved