Polis Siasat Kebocoran Dokumen Penghakiman Perbicaraan Kes Rosmah

27 Aug 2022 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis siasat kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan kes Rosmah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana kesalahan membocorkan maklumat, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan menyebarkan kenyataan jelik).

Beliau berkata polis menerima aduan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Semasa pengadu berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pengadu telah dimaklumkan berlaku kebocoran dokumen dalaman sulit yang merupakan dokumen draf awal disediakan Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Dokumen itu merupakan dokumen penyelidikan mengenai kes yang masih dalam perbicaraan dan merupakan pendapat Unit Penyelidikan sebagai rujukan kepada Hakim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata dokumen berkenaan akan dipinda berdasarkan kajian serta bacaan dan ia bukan satu keputusan penghakiman.

Menurutnya, hasil semakan polis mendapati terdapat satu artikel dimuat naik di sebuah portal berita bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’, yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata laporan media itu mendakwa keputusan mahkamah mendapati Rosmah bersalah telah disediakan namun pengadu mendapati dokumen tersebut dipinda daripada dokumen asal.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved