Polis siasat kes lelaki rosakkan nombor pendaftaran kereta

11 Sep 2022 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi seorang lelaki yang bertindak merosakkan nombor pendaftaran sebuah kereta berjaya dirakam kamera papan pemuka sebelum tular di Facebook pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Berang dengan sebuah kereta yang didakwa menghalang lalu lintas, seorang lelaki bertindak merosakkan nombor pendaftaran kereta terbabit dalam kejadian di Jalan Kuchai Maju 1 di sini pada Ahad.

Tindakan individu itu bagaimanapun mengundang padah apabila aksinya itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum video tersebut menjadi tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Setakat ini masih belum terdapat sebarang laporan berhubung kejadian, namun siasatan akan dijalankan berhubung kejadian ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil memberi keterangan menerusi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, sebuah video durasai 42 saat dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook memaparkan seorang lelaki bertindak mencabut nombor pendaftaran sebuah kenderaan dipercayai Perodua Viva.

Individu berkenaan turut bertindak mencampak nombor pendaftaran itu di atas jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved