Polis Siasat Kes Pertengkaran Di Stesen Minyak

23 Jun 2023 • 7:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak, pada 16 Jun lepas - Gambar Fail

ISKANDAR PUTERI - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di sini, pada 16 Jun lepas. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing ketika mahu mengisi minyak.

“Kedua-dua lelaki warga asing itu dikenal pasti sebagai warga Singapura dan usaha mengesan sedang dilakukan dengan bantuan polis Singapura (SPF)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan diminta untuk tampil membantu pihak polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.  

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 50 saat di laman Twitter 'MyNewsHub' menunjukkan kejadian pertengkaran antara mereka di stesen minyak terbabit.  - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved