Polis Siasat Kes Suami Curang Belasah Isteri Lepas Kantoi ‘Check In’ Di Port Dickson

20 Jun 2024 • 10:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular rakaman video memaparkan seorang wanita dipukul selepas menangkap suaminya ‘check in’ dengan wanita lain di sebuah hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, si suami dilihat mengheret dan menumbuk muka isterinya yang baru habis pantang berkali-kali.

Lapor Harian Metro, mangsa telah tampil membuat satu laporan polis mengenai kejadian pada 30 Mei lalu.

Susulan laporan, polis sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed memaklumkan kejadian membabitkan suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lalu kira-kira jam 9.50 pagi.

Akibat kejadian ini, mangsa (iaitu isterinya), seorang perempuan Melayu mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

Jelasnya, punca kejadian dipercayai kerana si suami curang dan mendaftar masuk di sebuah hotel.

Polis memohon orang awam tidak berkongsi video untuk mengelakkan siasatan terganggu dan mendatangkan kegusaran awam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.