Polis Siasat Kes Video Tular Anggota Tentera ‘Naik Tangan’ Dan Ugut Bunuh Isteri

30 Dec 2023 • 5:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Polis Kontinjen Melaka membuka kertas siasatan berkaitan video tular yang memaparkan seorang anggota tentera ‘naik tangan’ ke atas isterinya di sebuah flat di Sungai Udang.

Difahamkan, video berdurasi 32 saat itu telah tular sejak semalam menerusi satu hantaran dengan pautan di aplikasi X.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 15 Disember lalu dan satu laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul oleh suaminya seorang anggota tentera.

Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang dan kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan berkenaan.

Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan mangsa, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita merayu-rayu supaya suaminya bertenang dan menyelesaikan isu antara mereka secara baik.

Abang janganlah abang… tak nak… sakit, tak nak….

Dalam pada itu, suaminya yang memakai uniform lengkap askar tetap berkeras dan menjerit mengarahkan isterinya masuk ke rumah dengan suara yang tinggi.

Malah, suaminya turut didakwa mengugut untuk membunuh isterinya dan kelihatan memegang sesuatu dan mengacukan kepada mangsa.

Tambahan, kelihatan juga beberapa jiran cuba menenangkan keadaan, namun tidak dihiraukan oleh lelaki itu.

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara-gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Senang betul eh buat bisnes sekarang ? Macam tu je dia tiru produk orang sebijik dan jual. Nasib baik lah Khairul Aming dah ambil tindakan. OhTrending khairulaming sambalnyetberapi tiruan

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media