Polis siasat pencerobohan pusat pemulihan di Klang

1 Nov 2026 • 8:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis siasat pencerobohan pusat pemulihan di Klang

SHAH ALAM, 1 NOV: Polis sedang menyiasat kes pencerobohan selepas sekumpulan individu dipercayai membawa keluar beberapa penghuni dari sebuah pusat pemulihan persendirian di Bukit Kuda, dekat sini, tanpa kebenaran pihak pengurusan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat pemulihan itu pada 28 Oktober lepas memaklumkan premis itu didatangi sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali sebelum membawa keluar beberapa penghuni pusat berkenaan.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu, Ramsay menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian berkenaan kerana boleh menggugat ketenteraman awam serta mengganggu siasatan polis.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi talian 03-32919614 atau pegawai penyiasat kes Sarjan Amirul Ashraf Abd Rahim 011-69730086.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 38 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai penghuni melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan di Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved