Polis siasat pergaduhan di Plaza Tol Kempas

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 7:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan antara dua lelaki di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara-Selatan, selepas video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun pada jam 5.35 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika pengadu yang memandu lori sedang menunggu giliran untuk membayar tol, pengadu telah membunyikan hon ke arah sebuah Proton Wira di hadapannya yang tidak bergerak walaupun palang tol telah terbuka

Insiden itu mencetuskan pertengkaran apabila seorang lelaki keluar dari tempat duduk penumpang kereta tersebut dan meminta pengadu membuka pintu lori.

“Setelah pintu dibuka, lelaki berkenaan didakwa memukul muka dan kepala pengadu beberapa kali sebelum pengadu menendangnya keluar dari lori bagi mempertahankan diri,” jelasnya.

Menurut Balveer, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana dibunyikan hon. Pengadu turut mengalami kesakitan di bahagian belakang kepala akibat serangan itu.