Polis siasat pergaduhan kumpulan bermotosikal

17 Mar 2024 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rakaman video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal memukul seorang lelaki.

AMPANG - Polis sedang menjalankan siasatan berkaitan video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Bukit Ampang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis turut meminta individu yang terlibat dalam insiden terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Kita menyedari rakaman video itu telah tular sejak 12 Mac lalu di media sosial. Setakat ini, polis belum menerima apa-apa laporan berkaitan pergaduhan terbabit.

"Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu untuk tampil atau menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum itu, tular video berdurasi 14 saat yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bertindak memukul seorang lelaki.

Tidak hanya ditendang dan dipukul, malah mangsa turut dipukul menggunakan topi keledar sewaktu terjatuh ekoran pergaduhan terbabit.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilihat sempat untuk bangun semula dan cuba melarikan diri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved